Wakaf Digital Tanpa Sempadan: Projek Global Wakaf Al-Quran Tembusi Eropah & Afrika PUTRAJAYA, 6 Februari 2026 — Projek Global Wakaf Al-Quran, hasil kerjasama strategik antara Yayasan Restu dan TOYYIBPAY, disasarkan menjadi inisiatif wakaf digital bertaraf antarabangsa dengan misi memperluaskan akses Al-Quran ke seluruh dunia, termasuk kawasan minoriti Muslim dan komuniti yang sukar mendapatkan mushaf bertulis. Pengarah Projek Global Wakaf Al-Quran, T.S Rahmat Bin Bayudi, berkata projek berkenaan dimeterai melalui perjanjian pada November lalu dan telah dilancarkan secara soft launch hari ini menerusi platform digital www.globalwakafalquran.org Menurut beliau, Ramadan akan dijadikan kemuncak kempen global bagi memperkenalkan konsep wakaf Al-Quran kepada masyarakat antarabangsa menggunakan pendekatan digital yang mudah, telus dan inklusif. “Yayasan Restu menerusi Nasyrul Quran merupakan antara pengeluar mushaf Al-Quran terbesar dunia. Dengan sokongan teknologi pembayaran digital TOYYIBPAY, kami membina satu platform global yang membolehkan wakaf dilakukan dari mana-mana lokasi,” katanya. Setakat ini, penghantaran mushaf telah melibatkan dua kontena ke Amerika Syarikat, dan jaringan kerjasama sedang diperluaskan ke United Kingdom, Kanada, Australia, Eropah serta beberapa negara lain. Tambah beliau, projek ini turut mendapat minat daripada rakan strategik antarabangsa termasuk China serta pemain media global bagi menembusi pasaran Eropah dan Afrika. Menariknya, model wakaf yang diperkenalkan adalah RM50 bagi setiap modul wakaf, tanpa mengira destinasi penghantaran. “Tidak kira sama ada mushaf dihantar ke Thailand, Alaska atau Greenland, kosnya kekal RM50. Fokus kami bukan jumlah wang, tetapi peluang untuk setiap individu berkongsi pahala wakaf,” jelasnya. Global Wakaf Al-Quran juga menyasarkan konsep ‘Setiap Rumah, Satu Mushaf’, selain memberi penekanan kepada keperluan komuniti Muslim minoriti di Amerika Selatan yang menunjukkan permintaan tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, platform ini kini menyediakan Al-Quran dalam 30 bahasa, dengan perancangan untuk diperluaskan sehingga 60 bahasa termasuk Sepanyol, Latin, Rusia dan Itali. Ketua Pegawai Eksekutif TOYYIBPAY, Azizul Rahman, berkata pihaknya akan melaksanakan kempen agresif sepanjang Ramadan dan Syawal dengan kerjasama masjid di seluruh negara. “Kami akan bekerjasama dengan AJK masjid untuk menampal poster kempen dan menggalakkan setiap keluarga menjadi duta wakaf Al-Quran, khususnya ketika musim perayaan Aidilfitri,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung Dewan Masjid Malaysia, Cikgu Mahadi Muhammad Ismaili, memaklumkan pihaknya akan bertindak sebagai fasilitator utama bagi menghubungkan projek ini dengan masjid dan surau di seluruh Malaysia serta Nusantara. “Peranan kami adalah memastikan kempen ini sampai ke peringkat komuniti masjid dan akhirnya ke pintu rumah umat Islam,” ujarnya. Projek Global Wakaf Al-Quran dilihat sebagai satu inisiatif dakwah berimpak tinggi yang bukan sahaja memudahkan wakaf, malah memperkukuh hubungan antara komuniti global serta meningkatkan empati terhadap Islam di peringkat antarabangsa. #GlobalWakafAlQuran #WakafDigital #RamadanBerkongsi #SetiapRumahSatuMushaf #WakafUntukUmmah
AATV MEDIA
@aatvmedia.officialsBerita yang tidak berpihak pada mana-mana pihak. Jika ada berita yang ingin kami publish & juga Ingin mempromosi Produk Perniagaan. Sila DM admin ya...
🔗 https://aatvnews.com ↗🔎 Détails (profil + refresh) ouvrir
Penceritaan, Amanah & Ketelusan: Model Baharu Di Sebalik The Olive Tree That Remembered PUTRAJAYA, 6 Februari 2026 — Sebuah buku bergambar kanak-kanak yang sarat dengan mesej empati, keprihatinan dan ketelusan kemanusiaan bertajuk The Olive Tree That Remembered telah dilancarkan secara rasmi oleh Puan Hajjah Nurul Izzah Anwar dalam satu majlis yang berlangsung di Nasyrul Quran, di sini, hari ini. Pelancaran buku ini bukan sekadar memperkenalkan sebuah karya sastera kanak-kanak, malah menandakan kelahiran satu model penerbitan baharu yang menggabungkan penceritaan bermakna, tadbir urus berakauntabiliti serta sumbangan kemanusiaan yang telus dan boleh dijejaki. Buku ini ditulis oleh Norashikin Abdul Latiff, diilustrasikan oleh Warnakala Studios, penerbit kepada siri kanak-kanak popular Didi & Friends, dan dicetak oleh Nasyrul Quran. Ia direka untuk dibaca sendiri oleh kanak-kanak atau dikongsi melalui sesi penceritaan bersama ibu bapa dan pendidik. Kisah Lembut, Mesej Mendalam The Olive Tree That Remembered mengisahkan sebatang pokok zaitun tua yang menjadi saksi kepada perubahan zaman — daripada hari-hari penuh kedamaian dan kebersamaan kepada detik kehilangan, perpisahan dan ketidaktentuan. Tanpa memaparkan unsur keganasan secara grafik, buku ini menggunakan bahasa yang halus dan ilustrasi berlapik untuk membantu kanak-kanak memahami realiti perubahan hidup, kehilangan rasa selamat dan keperluan untuk empati terhadap insan lain. Penceritaan ini memberi fokus kepada nilai belas ihsan, kesedaran emosi serta realiti pemindahan dan kesukaran hidup yang dialami oleh kanak-kanak di pelbagai pelusuk dunia, sambil menegaskan bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak dan kebajikan manusia adalah tanggungjawab bersama seluruh umat manusia. Pemeteraian Rasmi & Tadbir Urus Telus Majlis pelancaran turut menyaksikan pemeteraian Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deeds of Assignment) bersama organisasi-organisasi penerima manfaat berikut: • Yayasan Restu • MAHAR • Dapur OMAI (Afghanistan) • Klinik Muhajir Pemeteraian ini memformalkan peruntukan dan pengagihan hasil jualan buku, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap ketelusan dan amanah awam dalam inisiatif kebajikan. Adaptasi Digital & Inovasi Pembayaran Dalam majlis sama, MuslimPro diumumkan sebagai platform digital rasmi bagi The Olive Tree That Remembered, dengan perancangan untuk mengadaptasikan buku ini ke dalam bentuk filem animasi pendek bagi capaian khalayak global. Selain itu, satu lagi pemeteraian telah dimeterai bagi melantik ToyyibPay sebagai gerbang pembayaran digital rasmi projek ini. Dilengkapi dengan ciri akaun maya dan sistem pembayaran berpecah (split payment), teknologi ini membolehkan hasil pembelian buku diagihkan secara langsung dan automatik kepada organisasi penerima manfaat sebaik transaksi dibuat, sekali gus meningkatkan kebolehkesanan dan ketelusan aliran dana. Penanda Aras Baharu Penerbitan Kebajikan Secara keseluruhan, pelancaran The Olive Tree That Remembered memperkenalkan satu kerangka penerbitan berunsur kebajikan yang jelas, berstruktur dan boleh diukur. Dengan tadbir urus yang dimuktamadkan sejak peringkat awal, projek ini dilihat sebagai satu penanda aras baharu dalam landskap penerbitan kanak-kanak dan kemanusiaan di Malaysia. Menurut penulisnya, Norashikin Abdul Latiff, buku ini dihasilkan dengan hasrat untuk membantu kanak-kanak belajar merasa, mengambil berat dan mengenali kemanusiaan dalam diri orang lain, sambil membuktikan bahawa penceritaan mampu bergerak seiring dengan amanah, nilai dan tanggungjawab sosial. #TheOliveTreeThatRemembered #BukuKanakKanak #PenceritaanBermakna #EmpatiDanKemanusiaan #KetelusanKebajikan
2 Kontena 40,000 Naskhah Al-Quran Dihantar ke AS, Ivory Coast dan Ghana PUTRAJAYA, 6 Februari 2026 – Malaysia sekali lagi melakar sejarah dalam misi dakwah global apabila sebanyak 40,000 naskhah Al-Quran berserta terjemahan dalam pelbagai bahasa dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana menerusi dua kontena, bersempena Festival Hari Terbuka Nasyrul Quran hari ini. Penghantaran yang dilaksanakan oleh Yayasan Restu melalui Kompleks Nasyrul Quran itu melibatkan 20,000 naskhah terjemahan bahasa Inggeris, Sepanyol Eropah dan Sepanyol Latin ke Washington, Amerika Syarikat, manakala baki naskhah dengan terjemahan bahasa Perancis dan Inggeris dihantar ke Ivory Coast dan Ghana. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan matlamat menyebarkan risalah Al-Quran ke seluruh dunia dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat global. Majlis pelepasan dua kontena tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan, di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, sejurus selepas solat fardu Jumaat. Menurut Dr. Zulkifli, penghantaran berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam menyebarkan nilai Islam yang bersifat rahmatan lil alamin serta memperkukuh kefahaman terhadap Al-Quran di peringkat antarabangsa. “Misi logistik ini bukan sekadar penghantaran fizikal, tetapi satu amanah dakwah dan kemanusiaan yang melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkasa penyebaran ilmu Al-Quran di peringkat global,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk (Dr.) Abdul Latiff Mirasa, berkata penghantaran ini menzahirkan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran Al-Quran bertaraf antarabangsa. Beliau memaklumkan sehingga kini, sebanyak 553,966 naskhah Al-Quran telah berjaya disalurkan ke pelbagai negara melalui kerjasama agensi dan organisasi berkaitan. “Kami juga menjangkakan penerbitan dan percetakan fasa kedua terjemahan Al-Quran ke dalam 12 bahasa baharu, antaranya Finland, Greek dan Uzbek,” katanya. Kejayaan misi ini turut didokong oleh sokongan padu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia. Dalam perkembangan sama, Yayasan Restu turut melancarkan Platform Digital Global Wakaf Al-Quran (GWAQ), hasil kerjasama strategik bersama ToyyibPay, sebagai langkah memperkukuh ekosistem wakaf Al-Quran secara lebih telus dan mampan. Platform digital ini membolehkan penyertaan berterusan masyarakat, institusi dan organisasi di peringkat global, termasuk akses kepada lebih 200,000 peniaga dalam rangkaian ToyyibPay, sekali gus memperluas ekosistem sumbangan digital wakaf Al-Quran. Dr. Zulkifli berkata pendekatan yang menggabungkan tindakan fizikal melalui penghantaran kontena Al-Quran dan kesinambungan digital menerusi GWAQ selari dengan usaha memperkukuh tadbir urus wakaf yang berimpak tinggi dan inklusif. #WakafSejutaAlQuran #SolidaritiUmmah #AlQuranUntukDunia #MalaysiaRahmatanLilAlamin #NasyrulQuran
ANGKASA Manfaat Dana KWAPb, Koperasi Disiapkan Hadapi Ekonomi Baharu PETALING JAYA, 29 Januari 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bakal mengoptimumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta yang disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb) bagi memperkasa pembangunan gerakan koperasi negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, peruntukan tersebut akan dimanfaatkan bagi memperkukuh ekosistem koperasi yang merangkumi pendidikan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan berimpak tinggi, selaras dengan keperluan semasa serta aspirasi pembangunan gerakan koperasi negara. Menurut beliau, pelaksanaan inisiatif berkenaan selari dengan usaha berterusan ANGKASA memastikan koperasi kekal relevan, berdaya saing dan mampan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, termasuk tuntutan pendigitalan, inovasi perniagaan dan perluasan pasaran. Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Encik Steven Sim Chee Keong, berhubung peruntukan keseluruhan RM254 juta bagi pembangunan gerakan koperasi pada tahun 2026 – peruntukan terbesar dalam sejarah gerakan koperasi Malaysia. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, suntikan dana tersebut jelas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam memperkasa gerakan koperasi sebagai rakan strategik pembangunan sosioekonomi negara, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, keadilan sosial dan pembangunan holistik. “ANGKASA menyambut baik peruntukan yang diberikan dan akan memastikan setiap dana dimanfaatkan secara berkesan serta memberi impak maksimum, khususnya dalam memperkukuh keupayaan koperasi, melahirkan modal insan berkualiti dan memperluas akses pembiayaan kepada koperasi di semua peringkat,” katanya. Antara tumpuan utama pelaksanaan ialah pengukuhan pendidikan koperasi yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan dan keusahawanan menerusi inisiatif seperti Program Pembangunan Kepimpinan dan Keusahawanan Muda Koperasi (SLiCE), Cooperative Leadership Programme (CLP) serta bantuan pendidikan melalui Yayasan ANGKASA. Program-program ini merangkumi latihan industri, latihan pengurusan serta pembiayaan pendidikan bagi melahirkan pemimpin dan anggota koperasi yang kompeten, berdaya saing dan berwawasan. Selain itu, ANGKASA turut merancang pelaksanaan program pembangunan perniagaan koperasi yang lebih tersasar melalui pembentukan konsortium, pemadanan perniagaan, transformasi digital serta pelaksanaan konvensyen dan program keusahawanan yang menekankan latihan, bimbingan dan pemantauan secara mentor-mentee. Langkah ini diyakini mampu memperkukuh koperasi komuniti dan konsortium strategik sekali gus meningkatkan perolehan serta daya tahan ekonomi koperasi. Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau menerima lawatan rasmi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Encik Steven Sim Chee Keong ke ibu pejabat ANGKASA, di sini. Mengulas lanjut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menegaskan bahawa ANGKASA yakin peruntukan RM4.4 juta ini akan memberi manfaat langsung kepada koperasi dan anggotanya, seterusnya memperkukuh peranan gerakan koperasi sebagai pemacu ekonomi rakyat yang inklusif dan berdaya tahan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan serta menegaskan komitmen ANGKASA untuk terus bekerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan program yang tersusun, telus dan berfokus kepada kesejahteraan anggota koperasi dan rakyat secara keseluruhan. #GerakanKoperasi #ANGKASA #RM254Juta #EkonomiRakyat #MalaysiaMADANI
Dari Bangi ke Setapak: BGM Burgerman Buktikan Fast Food Tempatan Mampu Saingi Antarabangsa KUALA LUMPUR, 31 Januari 2026 – Bermula dengan langkah kecil namun penuh strategi, rangkaian makanan segera tempatan BGM Burgerman terus mengorak langkah apabila secara rasmi melancarkan cawangan kedua di Setapak, selepas hampir setahun beroperasi di Bangi. Pengasas BGM Burgerman, Hj Nordin Mat berkata, pemilihan Setapak sebagai lokasi baharu bukan dibuat secara rambang, sebaliknya berdasarkan kajian populasi, kepelbagaian kaum serta kedudukan strategik yang menghubungkan beberapa kawasan utama sekitar Kuala Lumpur. “Nama pun Setapak, ini adalah langkah pertama kita untuk melangkah keluar daripada outlet pertama di Bangi. Dengan pengalaman hampir setahun, kita sudah nampak hala tuju dan cara untuk bangunkan BGM dengan lebih tersusun,” katanya. Menurut beliau, kawasan Setapak yang terletak di sempadan Gombak, berhampiran Wangsa Maju, Batu Caves, Sentul dan pusat bandar Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk sekitar 300,000 hingga 400,000 orang dalam radius lima kilometer, sekali gus menjadikannya lokasi ideal untuk pengembangan perniagaan. Pelancaran rasmi hari pertama BGM Setapak disambut luar biasa apabila lebih 1,000 pelanggan dan penyokong hadir bagi ‘merasmikan’ outlet tersebut, berbeza dengan kebiasaan majlis yang hanya melibatkan tetamu kehormat. “Hari ini kita raikan bersama pelanggan. Mereka inilah VVIP sebenar BGM,” katanya. Sejak seawal 10 pagi, pelanggan dilihat beratur panjang untuk menikmati promosi istimewa Mega Burger yang dijual pada harga RM2 berbanding harga asal RM17.90, terhad kepada 1,000 unit yang hampir habis pada hari pelancaran. BGM Setapak menawarkan menu utama seperti burger ayam, burger daging, ayam goreng, nasi lemak dan bubur, selain memperkenalkan menu sarapan pagi serta pencuci mulut, termasuk kek dan kopi yang dijangka bermula minggu hadapan. Outlet ini beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam, dengan potensi untuk dibuka 24 jam sekiranya sambutan menggalakkan. Dalam masa sama, Hj Nordin menegaskan visi BGM untuk membuktikan bahawa jenama makanan segera tempatan mampu menyaingi kualiti antarabangsa, hasil pembinaan sistem, penambahbaikan SOP, latihan kakitangan dan produk yang mengambil masa hampir setahun. Dari segi kapasiti, outlet Setapak mampu menampung jualan sehingga RM100,000 sehari, dengan kos operasi hampir dua kali ganda berbanding outlet Bangi. BGM Burgerman juga mengekalkan komitmen sosial dengan memberi peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) serta mengutamakan pekerja tempatan sepenuhnya. “Di Setapak ini kita ada dua orang OKU bekerja, manakala di Bangi empat orang. Polisi kita, sebolehnya 100 peratus rakyat Malaysia,” katanya. Bergantung kepada sambutan di Setapak, BGM Burgerman merancang untuk membuka peluang lesen dan francais pada masa akan datang, sekali gus mengangkat jenama tempatan ke tahap lebih tinggi. #BGMBurgerman #BGMSetapak #FastFoodTempatan #BurgerRM2 #SokongProdukTempatan
Erra Fazira Rasmi Amelia Jewelery, VIP Serbu, Jualan Meletup! SHAH ALAM, 1 Februari 2026 – Amelia Jewelery, jenama perhiasan emas milik penuh syarikat Bumiputera, terus mencuri perhatian apabila sambutan pelancaran cawangan pertamanya menerima respons amat menggalakkan daripada orang ramai, termasuk kehadiran ramai tokoh VIP serta peningkatan jualan sejak hari pertama. Penasihat Syarikat Amelia Resources (M) Sdn Bhd, Tan Sri Ghani Saleh, melahirkan rasa syukur atas kejayaan majlis pelancaran tersebut yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh sokongan masyarakat. “Alhamdulillah, kehadiran orang ramai sejak semalam hingga hari ini amat menggalakkan. Dari segi sambutan dan jualan, kami benar-benar bersyukur,” katanya ketika ditemui media pada majlis berkenaan. Menurut beliau, ramai tetamu kehormat yang hadir bukan sahaja memeriahkan acara malah turut singgah membeli emas, khususnya emas dinar, sekali gus membuktikan keyakinan masyarakat terhadap jenama Amelia Jewelery. Tan Sri Ghani turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk penaja, penganjur, penyedia makanan dan minuman, penyedia khemah serta pasukan rider yang membantu menjayakan majlis tersebut. Dalam pada itu, beliau mendedahkan Amelia Jewelery mempunyai perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di masa hadapan, tertakluk kepada keadaan semasa dan pemilihan rakan niaga yang sesuai. “Malah sudah ada pihak yang menyatakan minat untuk sama-sama berniaga dalam bidang perhiasan emas ini,” ujarnya. Beliau turut menggalakkan orang ramai, khususnya masyarakat Melayu, agar tidak takut untuk melabur dalam emas kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang yang stabil dan tidak merugikan. Menjawab soalan wartawan mengenai penglibatannya dalam dunia perniagaan selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, Tan Sri Ghani menjelaskan ia bermula secara santai sebelum berkembang menjadi perniagaan fizikal. “Pada awalnya sekadar berbincang sambil minum kopi, tetapi sambutan yang menggalakkan membuatkan kami mengambil keputusan untuk membuka kedai secara fizikal,” katanya. Tambah beliau, perniagaan tersebut dijalankan bersama Datuk Zul dan kini terbukti membuahkan hasil hasil kerjasama padu semua pihak. Mengulas pelan pengembangan, Amelia Jewelery sedang meneliti peluang membuka cawangan baharu di utara dan selatan tanah air selain mempertimbangkan model francais. “InsyaAllah, jika sesuai dengan rakan kongsi, kami juga sedang berbincang dengan pihak ANGKASA bagi membuka peluang pembelian emas kepada pegawai-pegawai kerajaan melalui koperasi,” jelasnya. Majlis perasmian Amelia Jewelery telah disempurnakan oleh Primadona Malaysia, Erra Fazira, bersama suaminya Ezwan Zain, sekali gus menambah seri dan prestij kepada jenama tersebut. Untuk rekod, Amelia Jewelery merupakan jenama perhiasan emas milik penuh syarikat Bumiputera yang diperbadankan pada 16 Mac 2023 dan diterajui oleh pasukan profesional muda berpengalaman dalam industri emas. #AmeliaJewelery #PelaburanEmas #EmasBumiputera #BeritaAAC #BisnesSelepasBersara
Nilufer Education Perkukuh Laluan Pendidikan Antarabangsa Melalui MoU Strategik Cyberjaya, 28 Januari 2026 – Nilufer Education melakar satu lagi pencapaian signifikan dalam usaha memperluaskan akses pendidikan antarabangsa kepada pelajar Malaysia menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama Study in Türkiye, City University Malaysia dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM). Majlis pemeteraian yang berlangsung secara eksklusif di Dewan Serbaguna, Kampus City University Cyberjaya itu menghimpunkan barisan pemimpin akademik serta pakar industri pendidikan dengan satu matlamat bersama – membuka lebih banyak laluan pendidikan antarabangsa yang mampu milik, mudah diakses dan diiktiraf di peringkat global. Kerjasama strategik ini berperanan sebagai jambatan antara institusi pendidikan menengah dan pengajian tinggi di Malaysia dengan universiti terkemuka di Türkiye, sekali gus menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk memperoleh kelayakan antarabangsa tanpa kos yang membebankan. Inisiatif ini turut memperkukuh mobiliti akademik, pertukaran budaya serta pendedahan global dalam kalangan pelajar. Menurut Ms Hidayati Md Nor, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nilufer Education, kerjasama tersebut lahir daripada peningkatan permintaan ibu bapa dan pelajar terhadap pendidikan antarabangsa berkualiti yang lebih realistik dari sudut kewangan. “Kerjasama ini diwujudkan bagi memastikan peluang pendidikan antarabangsa bukan lagi eksklusif kepada golongan tertentu sahaja. Melalui jaringan strategik ini, kami membuka lebih banyak laluan kepada kelayakan bertaraf global yang kekal mampu milik dan inklusif untuk pelajar Malaysia,” katanya. Majlis tersebut turut diserikan dengan ucapan rasmi daripada wakil Study in Türkiye, City University Malaysia dan MPSM yang sebulat suara menekankan kepentingan kerjasama akademik rentas sempadan dalam melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran dan persaingan global. Melalui pemeteraian MoU ini, semua pihak bersetuju untuk bekerjasama secara menyeluruh dalam pembangunan laluan pengambilan pelajar, khidmat nasihat akademik, perkongsian maklumat serta pelaksanaan inisiatif bersama bagi meningkatkan kesedaran tentang peluang pendidikan antarabangsa dalam kalangan pelajar sekolah dan lepasan pra-universiti. Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani MoU, sesi fotografi rasmi, lawatan kampus City University Malaysia serta jamuan makan tengah hari yang turut menjadi platform jaringan strategik antara tetamu jemputan. Kerjasama ini sekali gus mencerminkan komitmen berpandangan jauh semua pihak dalam melahirkan graduan berdaya saing di peringkat antarabangsa serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kerjasama pendidikan global. #NiluferEducation #PendidikanAntarabangsa #StudyInTürkiye #PeluangGlobal #MoUStrategik
Sous-titres IA en 1 clic
Vidéo importée → version prête à poster.
Sidang Media Penjelasan Konsert Radja & Wali dan pengumuman khas
18 Tahun Menyantuni Asnaf: YBK ‘Menjodohkan’ Penyumbang & Asnaf Menjelang Ramadan KELANA JAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan komitmen membela golongan rentan apabila melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1447H / 2026M, sebuah inisiatif tahunan yang kini memasuki tahun ke-18 sejak diperkenalkan pada 2008. Menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak yang dijangka bermula pada 19 Februari 2026, program ini akan menyantuni 400 keluarga fakir, miskin dan asnaf terpilih di seluruh negara melalui sumbangan tunai bagi perbelanjaan berbuka puasa dan bersahur, selain bantuan barangan keperluan asas hasil sokongan rakan penaja korporat. Sejak dilaksanakan hampir dua dekad lalu, Program Sinar Kasih Ramadhan telah memberi manfaat kepada 4,071 keluarga, dengan jumlah sumbangan tunai terkumpul mencecah RM1.5 juta. Pencapaian ini mencerminkan usaha konsisten YBK bersama masyarakat dan rakan strategik dalam meringankan beban kewangan golongan memerlukan, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Bagi memastikan keberkesanan dan ketelusan bantuan, pemilihan penerima dibuat melalui pelbagai saluran termasuk pihak sekolah, pemimpin komuniti, rakan NGO serta sukarelawan YBK. Setiap maklumat penerima akan melalui proses semakan dan pengesahan sebelum sumbangan disalurkan, dengan laporan pelaksanaan dipaparkan di platform media sosial serta laman web rasmi YBK. Menariknya, Program SKR 2026 turut berperanan sebagai platform yang “menjodohkan” pemegang taruh, melibatkan penyumbang, penaja, penerima manfaat serta agensi berkaitan seperti Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor), Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Lembaga Zakat Selangor. Peranan YBK sebagai pemudah cara membolehkan bantuan disalurkan secara lebih berfokus dan berimpak tinggi. Program ini turut disokong rakan strategik termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Coca-Cola Far East Limited, Brahim’s Dewina Group, Mamee-Double Deckers, Dutch Lady Milk Industries, PYBK Construction dan WANA Properties, selain kerjasama berterusan Yayasan Food Bank Malaysia. YBK berharap pelaksanaan Program Sinar Kasih Ramadhan 2026 dapat memberi kelegaan kewangan kepada keluarga terlibat serta membantu mereka menyambut Ramadan dengan lebih tenang dan penuh kesyukuran. #SinarKasihRamadhan #YayasanBasmiKemiskinan #Ramadan2026 #PrihatinAsnaf #SantuniUmmah
ERM ‘Every Child Matters’: Kisah Luar Biasa Kanak-Kanak 12 Tahun Ringankan Beban Ibu Bapa KUALA LUMPUR, 4 Januari 2026 — Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek menyifatkan program bantuan persekolahan yang dianjurkan di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai satu inisiatif yang sangat bermakna dalam memastikan kesiapsiagaan anak-anak dan meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu Januari 2026. Menurut beliau, program yang dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail itu memberi manfaat besar khususnya kepada murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan yang bakal memulakan sesi persekolahan dalam tempoh terdekat. “Program ini bukan sahaja membantu dari sudut persiapan awal persekolahan, malah mencerminkan keprihatinan dan komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan akses pendidikan yang adil untuk semua anak-anak,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan. Fadhlina turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Azman, selain memuji peranan sebuah yayasan kebajikan yang disifatkan beliau sebagai “sangat menakjubkan” dalam membantu kesinambungan pendidikan kanak-kanak menerusi bantuan persekolahan. Lebih menarik, yayasan berkenaan, ERM (Every Child Matters) diasaskan oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, sekali gus menjadi simbol bahawa usaha kebajikan dan kepedulian sosial tidak mengenal usia. Pada program tersebut, sebanyak 800 penerima menerima bantuan pada hari berkenaan, manakala keseluruhan penerima bantuan persekolahan di Parlimen Bandar Tun Razak mencecah 5,000 orang, melibatkan sumbangan keperluan asas persekolahan kepada murid-murid. Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan bahawa tahun 2026 merupakan tahun yang amat penting buat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan beberapa perubahan dan penambahbaikan utama, termasuk pengembalian sesi persekolahan ke bulan Januari serta pelaksanaan awal kurikulum prasekolah, yang sepatutnya bermula pada 2027. “Kita juga akan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu pada Januari ini. Fokus utama KPM ketika ini adalah memastikan minggu pertama persekolahan berjalan lancar kerana ia sangat penting dalam membentuk pengalaman awal murid,” jelas beliau. Sementara itu, pengasas ERM, Xin Er, berkata program tersebut bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan dan barangan persekolahan, selain memberi sokongan kepada ibu bapa. “ERM membawa maksud Every Child Matters. Kami berharap program ini dapat diteruskan setiap tahun agar lebih ramai kanak-kanak dapat dibantu,” katanya, sambil memaklumkan bahawa seramai 1,800 pelajar telah menerima manfaat dengan nilai sumbangan mencecah RM240,000. Program ini jelas membuktikan kerjasama erat antara wakil rakyat, kerajaan dan masyarakat mampu memberi impak besar terhadap masa depan pendidikan anak-anak negara. #BeritaAATV #PendidikanMalaysia #KerajaanMADANI #FadhlinaSidek #BandarTunRazak
Ceria ke Sekolah bersama ERM Parlimen Bandar Tun Razak
Texte → vidéo TikTok IA
Tu écris le prompt, on génère la vidéo.
10,000 Pelajar Disasar Terima Bantuan: Yayasan PEKEMA Terus Perkasa Pendidikan Anak Malaysia SELAYANG, 24 Disember 2025 – Yayasan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) terus komited dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan menerusi Program Kembali ke Sekolah 2026, dengan sasaran membantu seramai 10,000 pelajar di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang tahun hadapan. Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga menjelang sesi persekolahan baharu, khususnya melibatkan keluarga berpendapatan rendah, melalui sumbangan beg sekolah serta kelengkapan persekolahan asas. Bagi pelaksanaan di Zon 10 Majlis Perbandaran Selayang (MPS), seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Selayang telah dipilih sebagai penerima manfaat. Program berkenaan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, sekali gus mencerminkan keprihatinan berterusan Yayasan PEKEMA terhadap kebajikan pendidikan komuniti setempat. Program ini dianjurkan oleh Yayasan PEKEMA dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Zon 10 MPS serta Kelab Sukan dan Rekreasi PEKEMA (KRESMA), sebagai manifestasi usaha kolektif pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian. Majlis penyerahan sumbangan rasmi telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, bersama barisan kepimpinan PEKEMA, wakil agensi kerajaan, rakan strategik serta para penerima manfaat. Presiden PEKEMA, Datuk Haji Mohamed Nazari bin Noordin, berkata program berkenaan bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan PEKEMA dan Yayasan PEKEMA dalam melaksanakan inisiatif yang memberi impak langsung kepada masyarakat. Menurut beliau, bagi tahun 2026, PEKEMA menyasarkan seramai 10,000 pelajar untuk menerima manfaat sumbangan pendidikan secara berperingkat di seluruh Semenanjung Malaysia. “Menjelang sesi persekolahan baharu, masih ramai ibu bapa dan penjaga berdepan cabaran kewangan. Justeru, sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mereka serta menyemai kesedaran bahawa pendidikan merupakan aset terpenting dalam membina masa depan negara,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa PEKEMA, sebagai organisasi yang mewakili pemain industri automotif Bumiputera, bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan keusahawanan, malah amat menitikberatkan aspek kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat. Sementara itu, Tuan Haji Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis Zon 10 MPS, berkata kolaborasi antara Yayasan PEKEMA, Pusat Khidmat Masyarakat Zon 10 MPS dan KRESMA membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi keutamaan. “Sebagai Ahli Majlis Zon 10, saya komited memastikan program seperti ini memberi manfaat berterusan kepada masyarakat, khususnya pelajar. Usaha ini diyakini mampu menyokong pembangunan generasi muda yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya. Program Kembali ke Sekolah 2026 ini turut mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli PEKEMA, para sukarelawan serta rakan strategik, sekali gus memperlihatkan semangat kerjasama dalam menjadikan kebajikan masyarakat sebagai keutamaan bersama. #YayasanPEKEMA #KembaliKeSekolah2026 #PendidikanUntukSemua #CSRBerimpak #PEKEMAPrihatin
Di Sebalik Kejayaan Dunia: Kos Kuda & Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara KUALA LUMPUR, 23 Disember 2025 – Di sebalik kejayaan besar atlet memanah berkuda negara di pentas dunia, realiti sebenar yang dihadapi adalah cabaran kewangan yang sangat mencabar, khususnya melibatkan kos pelatihan dan penjagaan kuda. Menurut Muhammad Akmal Muhammad Dahlan, jurulatih pasukan junior negara, perbelanjaan untuk menembusi kejohanan bertaraf dunia bukan sahaja melibatkan yuran pendaftaran dan tiket penerbangan, malah kos pelatihan yang tinggi menjadi beban terbesar kepada pasukan. “Dalam memanah berkuda, bukan satu atlet sahaja yang kita latih, tetapi dua – anak-anak murid dan juga kuda itu sendiri. Kuda perlu dijaga, diberi makan, dirawat dan dilatih secara berterusan, dan ini memerlukan kos yang sangat besar,” katanya. Walaupun berdepan kekangan kewangan, pasukan memanah berkuda negara tetap berusaha keras mencari alternatif bagi menampung perbelanjaan, termasuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil seperti penjualan produk makanan. “Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya meminimakan kos dan berusaha sedaya upaya untuk terus bertahan demi memastikan atlet-atlet ini dapat mengharumkan nama negara,” ujarnya. Beliau turut menyeru mana-mana pihak yang berkemampuan agar tampil memberikan sokongan, sama ada dalam bentuk penajaan kewangan mahupun sokongan moral, bagi membuka lebih banyak peluang kepada atlet muda Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa. Dalam perkembangan yang membanggakan, Muhammad Akmal mendedahkan bahawa Malaysia kini dianggap antara kuasa besar dunia dalam sukan memanah berkuda, khususnya selepas kejayaan luar biasa sepanjang tahun 2025. “Tahun ini, kami berjaya memenangi banyak gelaran dunia dan World Cup. Nama Malaysia kini sudah mula menjadi perbualan dan kegusaran jurulatih serta atlet memanah berkuda dunia,” katanya. Antara kejayaan terbesar termasuk kemenangan bergaya di World Kids Championship IHA 2025 di Bogor, Indonesia, yang menyaksikan Malaysia menewaskan negara-negara Eropah, serta kejayaan mengungguli World Horseback Archery Global Mastership 2025 di Shenzhen, China, menewaskan kuasa-kuasa besar Timur dan Barat. Mengulas perancangan 2026, pasukan junior negara menyasarkan untuk mengekalkan dominasi dunia, termasuk penyertaan dalam World Horseback Archery Championship 2026 di Mongolia dan World Nomad Games di Kazakhstan, selain kembali bersaing di China dalam kejohanan hujung tahun. Namun, Muhammad Akmal mengakui persaingan bakal menjadi lebih sengit, terutama apabila bertemu negara-negara yang mendapat sokongan penuh kerajaan dan teknologi latihan canggih. “Walaupun kami pernah mengalahkan mereka, cabaran akan jadi jauh lebih besar. Sebab itu kami sangat memerlukan sokongan semua pihak untuk latihan, perjalanan dan penyertaan kejohanan,” katanya. Beliau yakin, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, atlet muda negara mampu terus mencipta sejarah dan kekal duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan juara dunia lain. #MemanahBerkuda #AtletMalaysia #MalaysiaJuaraDunia #HorsebackArchery #SukanTradisional
NHmall Worldwide Gegar ASEAN: Usahawan Malaysia Kini Ada Laluan Terus Ke Pasaran Antarabangsa PUTRAJAYA, 21 Disember 2025 - NHmall Worldwide (Nur Haramain Mall Worldwide) tampil sebagai pemangkin baharu dalam memperkasa ekonomi serantau ASEAN dan membuka laluan lebih luas kepada usahawan Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. Dengan komitmen dan iltizam berterusan, NHmall Worldwide menyediakan platform informasi dan promosi strategik bagi membantu syarikat, peniaga serta pengusaha tempatan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di dalam dan luar negara, selaras dengan undang-undang serta peraturan setiap negara yang terlibat. Sebagai langkah awal, NHmall Worldwide menjemput semua syarikat, peniaga dan rakan strategik untuk menyertai ekosistem ini dengan mengisi borang penyertaan ahli yang telah disediakan. Menurut kenyataan, Majlis Pra-Pelancaran Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide bersama NHmall Worldwide dijadualkan berlangsung pada 27 Januari 2026, manakala Pelancaran Penuh NHmall Worldwide dirancang sekitar Mac atau April 2026, dengan lokasi akan diumumkan kelak. Kerjasama Strategik Pacu Ekonomi NHmall Worldwide turut memberi penekanan kepada kerjasama strategik bersama badan kerajaan dan sektor swasta, khususnya dalam mempromosikan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa. Usaha ini bertujuan membawa usahawan serta produk Malaysia menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat antarabangsa terpilih merangkumi pelbagai sektor, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) serta industri berat. Selain itu, NHmall Worldwide berperanan sebagai penghubung peluang perniagaan semasa, termasuk akses kepada pembiayaan perniagaan melalui institusi perbankan, di samping menyediakan maklumat yang tepat dan sahih bagi melindungi peniaga daripada penipuan serta ancaman scammer yang semakin berleluasa. Perpaduan, Ukhuwah & Ekonomi Mampan NHmall Worldwide menegaskan bahawa kejayaan agenda ekonomi ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua komuniti yang terlibat, berteraskan muafakat, perpaduan dan kesatuan rakyat. Kerjasama strategik bersama Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide yang berkembang pesat akan terus diperkukuh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan projek terpilih mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Pelantikan Wakil & Konsultan Profesional Bagi memastikan hala tuju strategik yang berkesan, NHmall Worldwide merancang untuk melantik wakil korporat di seluruh rantau, menganjurkan seminar ekonomi serantau serta melantik konsultan profesional merangkumi pelbagai bidang dan sektor. Langkah ini bertujuan memastikan pengurusan, pentadbiran, pelaburan dan perancangan strategik dilaksanakan secara menyeluruh, praktikal dan berdaya maju agar manfaat sebenar dapat dirasai oleh peniaga melalui sekretariat komuniti yang ditubuhkan. Platform Digital & Aktiviti Komuniti Sebagai sebahagian daripada ekosistem perniagaan, tapak niaga dalam talian NHmall Worldwide akan dilancarkan pada 27 Januari 2026, bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan secara digital dan fizikal, di dalam serta luar negara. NHmall Worldwide juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk expo dan karnival perniagaan, program motivasi, kursus keusahawanan, serta majlis himpunan selawat dan aktiviti komuniti demi manfaat peniaga Muslim khususnya dan masyarakat umum amnya. Rekod Acara Bersejarah Terdahulu, NHmall Worldwide turut mencipta sejarah apabila Majlis Gema Selawat berjaya dianjurkan serentak di dua puncak menara ikonik negara iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar, Kedah, pada 1 Rejab, bersempena ambang tahun baharu 2025. Majlis penuh makna itu menjadi simbol perpaduan ummah, ukhuwah dan kesatuan ekonomi Nusantara ASEAN, sambil mengajak masyarakat membesarkan Allah SWT melalui alunan selawat dan qasidah. Majlis tersebut dianjurkan oleh Tuan Haji Md Zawawi Bin Ramli, dan turut dihadiri Wan Fadhlan Wan Yusof, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Permuafakatan Malaysia. #NHmallWorldwide
#JomBeliLokal! TikTok Shop 11.11 Mega Sale Buka Peluang Emas Untuk Usahawan Tempatan KUALA LUMPUR, 7 November 2025 — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh inisiatif memartabatkan produk buatan Malaysia melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dengan pendekatan menyeluruh melibatkan seluruh ekosistem ekonomi digital negara. Menteri KPDN, YB Datuk Armizan Mohd Ali, berkata KBBM bukan sekadar kempen promosi semata-mata, tetapi satu strategi jangka panjang untuk merangsang ekonomi domestik, menonjolkan kualiti produk tempatan, serta memupuk semangat patriotisme ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia. > “Melalui pelaksanaan KBBM, kita bukan sahaja menggalakkan pengguna membeli produk tempatan, tetapi turut memberi ruang kepada usahawan kecil dan sederhana untuk memperluaskan pasaran mereka ke peringkat global melalui platform e-dagang,” ujar beliau. Sepanjang tahun 2024, pelaksanaan kempen ini berjaya menjana jualan produk tempatan bernilai RM1.99 bilion melibatkan 1.64 juta SKU (stock keeping unit), hasil kerjasama strategik bersama pelbagai pengendali platform e-dagang utama di negara ini. Antara rakan strategik utama ialah TikTok Shop Malaysia, yang tampil dengan halaman promosi khas (microsite) bagi memperkenalkan produk buatan Malaysia di platform tersebut. Inisiatif ini diserikan lagi dengan pelancaran TikTok Shop 11.11 Mega Sale Carnival 2025 yang berlangsung selama tiga hari, dari 7 hingga 9 November 2025 di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Karnival berbentuk shoppertainment ini mengetengahkan gabungan hiburan, promosi, dan interaksi pengguna melalui reruai pameran usahawan PMKS tempatan, persembahan selebriti, sesi meet & greet, serta LIVE show daripada peniaga TikTok Shop. Sepanjang tempoh Jualan Mega 11.11, pengguna menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk penghantaran percuma tanpa had, baucar berganda hingga 30%, promosi beli satu percuma satu, serta barangan keperluan pada harga mampu milik bermula 1 hingga 11 November 2025. Dalam masa yang sama, KPDN turut bekerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan TikTok bagi memperkukuh kesedaran serta perlindungan harta intelek (IP) dalam kalangan usahawan digital, termasuk aspek advokasi dan penguatkuasaan. Datuk Armizan menegaskan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada agenda besar kerajaan untuk memastikan produk tempatan bukan sahaja kekal relevan di pasaran domestik tetapi juga mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan identiti “Made in Malaysia” yang kuat dan diyakini. #KBBM2025 #JomBeliLokal #MadeInMalaysia #SokongProdukTempatan
- Je compte uniquement les vidéos ≥ 60 secondes (tu m’as dit que <60s = pas pris en compte).
- Calcul sur les 30 derniers jours (dans la limite des 35 dernières vidéos qu’on a dans le JSON).
- RPM estimé : 0.92€/1k vues (range 0.65–1.2) basé sur ER + save rate + durée moyenne.
- Résultat: 3.44€ sur 30j (range 2.41€–4.48€), pour 3.73K vues éligibles et 9 vidéos ≥60s.
- Emoji + note /10 = performance globale de la vidéo (views + ER + saves).
- ER = (Likes + Commentaires + Partages) / Vues • Save rate = Sauvegardes / Vues.
- Badges “Au-dessus / En dessous” = comparaison directe à la moyenne de TON compte.
Importe ta vidéo, et Vexub génère une vidéo sous-titrée prête pour TikTok, Reels ou Shorts. Pas de montage, pas de prise de tête.
- Reconnaissance vocale IA → texte propre
- Sous-titres syncro automatiquement sur la vidéo
- Format vertical optimisé pour les vues