PORT KLANG, 31 JANUARI | 6 KONTENA BERISI E-WASTE DAN SISA YANG TIDAK DIBENARKAN DITEMUI Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Port Klang terus memperketat kawalan di pintu masuk negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan sisa haram. Semalam, Komander Kawal Pintu Masuk Pelabuhan Klang, DCP Datuk Nik Ezanee Bin Mohd Faisal, telah mengetuai operasi pemeriksaan khas terhadap sembilan (9) buah kontena di RG01 Pelabuhan barat Semalam . Hasil pemeriksaan telah menahan 6 kontena yang membawa dagangan tersenarai sebagai larangan mengimport mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar. Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jumlah berat dagangan ialah 158,167 kilogram Operasi bersepadu ini merupakan hasil kerjasama strategik antara: AKPS-Port klang (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia) LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) JAS (Jabatan Alam Sekitar) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Pelabuhan Barat (Westports) Tindakan BERTERUSAN akan dilaksanakan bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan "tong sampah" dunia. Syabas kepada semua agensi yang terlibat dalam melindungi kelestarian alam sekitar dan kedaulatan sempadan negara! #AKPSMalays #AKPSMalaysia #SempadanSelamat #MDNSempadanSelamat #KDNReformasiMADANI