DBKL KELUARKAN 11 KOMPAUN KE ATAS 6 KONTRAKTOR DALAM OPS KOREKAN JALAN AWAM TIDAK PATUH SOP Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Korekan Jalan Awam Siri 4/2026 di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan Jalan Kerinchi Bangsar, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah Segambut dan Jalan Raja Muda Titiwangsa bermula pada jam 10.30 malam, Jumaat 27 Februari 2026 dan berakhir pada jam 3.30 pagi Sabtu 28 Februari 2026. Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan bagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor semasa pembaikkan atau penyelenggaraan berkaitan pemasangam paip, penurapan jalan, pembaikkan saluran longkang, kerja-kerja utiliti seperti pemasangan atau penyelenggaraan bekalan air, elektrik atau talian telekomunikasi yang gagal mematuhi syarat dan kelulusan kerja di tapak operasi. Hasil pemeriksaan di 8 buah lokasi yang dipantau. sebanyak 11 notis kompaun telah dikeluarkan oleh DBKL ke atas 6 kontraktor pembinaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kesalahan seperti tidak meletakkan lampu blinker jalan, menyebabkan kerosakan siar kaki jalan, menutup laluan jalan tanpa kebenaran, lori tiada permit mengangkut bahan binaan dan menyebabkan laluan jalan awam kotor serta lain-lain kesalahan am. Tindakan penguatkuasaan diambil menerusi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 (2 notis kompaun) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (9 notis kompaun). DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang Aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera. https://adukl.dbkl.gov.my/ @hannahyeoh #KLBandarUntukSemua #klcityforall #klberdayahuni #sayangikl #cintaikl
ID
7612584061772582162
👁 Vues vs moy. : Très au-dessus
💬 ER : Très en dessous
📌 Saves : Très en dessous
Save rate
0.08%
Global : 0.13%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues :
#1
(top 100%)
Ouvrir sur TikTok ↗