Usaha memperkasakan dan memberikan keutamaan pada penggunaan bahasa kebangsaan melalui paparan dan peragaan papan iklan diteruskan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui pemeriksaan papan iklan di premis sekitar kawasan Klang Utara dan Klang Selatan pada 4 dan 5 Mac 2026. MBDK diwakili oleh para pegawai daripada Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, manakala DBP diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan tiga pegawai dari Unit Pemantauan Bahasa, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, beberapa notis dan kompaun telah dikeluarkan oleh pihak MBDK kepada pemilik premis perniagaan kerana telah melanggar peruntukan dalam Undang-undang Kecil Iklan Majlis Perbandaran Klang (2007) termasuklah pemalsuan sijil pengesahan DBP. #BahasaJiwaBangsa