Suara ekonomi gig, didengari dan dihargai. Suasana penuh mesra di Bangsar, Kuala Lumpur semalam apabila Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bertemu wakil Persatuan Pekerja Gig dari pelbagai sektor. Hadir sama menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), YBrs. Dr. Hj Mohd Shaharin Umar; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBrs. Encik Sutekno Ahmad Belon; Ketua Eksekutif HRD Corp, YBhg. Dato' Shamir Aziz dan Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. Komuniti penggerak gig yang hadir antara lain adalah dari kalangan e-hailing, p-hailing, penggiat seni, jurusolek, jurubahasa isyarat, pekerja bebas dan ramai lagi. Dialog santai ini menjadi wadah perbincangan tentang pembangunan kemahiran, perlindungan sosial dan kebolehpasaran pekerja gig, seiring dengan landskap pekerjaan yang semakin dinamik. Majlis diakhiri dengan sesi moreh dan jaringan santai yang mengukuhkan semangat kebersamaan. #HRDCorp #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KESUMA #EkonomiGig ----- Voices of the gig economy, heard and valued. Last night in Bangsar, Kuala Lumpur, Minister of Human Resources, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, together with the Ministry of Human Resources (KESUMA) leadership, met with representatives of the Malaysian Gig Workers Association, from the various sectors. Also in attendance were the Deputy Minister of Human Resources, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; Secretary-General of KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof; Deputy Secretary-General (Policy & International), YBrs. Dr. Hj Mohd Shaharin Umar; Deputy Secretary-General (Operations), YBrs. Encik Sutekno Ahmad Belon; Chief Executive of HRD Corp, Dato' Shamir Aziz and Chief Executive of SOCSO, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. The gig-driving community includes e-hailing, p-hailing, creative arts, makeup, sign language interpretation, other freelance professions and many more. The friendly dialogue provided a platform to discuss skills development, social protection and employability for gig workers, reflecting the Government’s commitment to an inclusive and sustainable gig economy. The evening concluded with a 'Moreh' session and networking, strengthening community bonds and collaboration. @mykesuma @Ramanan Ramakrishnan @Dato Shamir Aziz
ID
7610345885251144978
👁 Vues vs moy. : Au-dessus
💬 ER : Très au-dessus
📌 Saves : Très au-dessus
Save rate
0.17%
Global : 0.04%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues :
#3
(top 85.7%)
Ouvrir sur TikTok ↗