KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI YM TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL AZIZ DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KANAN POLITIK KEPADA PERDANA MENTERI Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026 (Rabu). Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri. YAB Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat. PEJABAT PERDANA MENTERI 4 Mac 2026 #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #tengkuzafrul