Daulat Tuanku. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu (JPJ Negeri Terengganu) merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman segala jajahan takluknya dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu yang disambut pada 4 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dan memberkati pemerintahan Tuanku. Sembah takzim daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja JPJ Negeri Terengganu. Daulat Tuanku.