Commented on @🔥 ᴿᴾᴰ | 𝔐𝔯. 𝔓𝔲𝔞𝔨𝔞 🇲🇾’s post
§ MR. PUAKA § ¤ ARMADA PUAKA DARAT ¤ • MALAYSIA LIVE HOST • WE STAND UP FOR GHAZA 🇵🇸
Commented on @🔥 ᴿᴾᴰ | 𝔐𝔯. 𝔓𝔲𝔞𝔨𝔞 🇲🇾’s post
Upload one YouTube video and auto-generate multiple TikToks, Reels, and Shorts in minutes.
Kali ini kita doakan berjaya !! Kita pantau semampu boleh dan kita akan buat komuniti yang ingin bersama kita didarat bahagian host live. Untuk mampu run 24hr jika ada live host diturunkan ada host lain mampu sambung. Boleh dm atau pm untuk cadangan. #mapim #mapimmalaysia #sumudnusantara #sumudflotilla #malaysia
Kanak-kanak Palestin Berteduh di Runtuhan Klinik UNRWA Berjuang Untuk Hidup. Kanak-kanak Palestin yang dipaksa meninggalkan kediaman mereka, termasuk anak-anak yatim di Gaza, kini terpaksa berlindung di runtuhan sebuah klinik UNRWA di Kem Pelarian Jabalia. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka menyalakan api sekadar untuk melawan kesejukan yang mencengkam, demi meneruskan hidup. Lebih memilukan, lokasi perlindungan sementara itu hanya sekitar 100 meter dari “garisan kuning” yang berada di bawah kawalan tentera penjajah Israel. Situasi ini menggambarkan penderitaan dan keputusasaan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, apabila kanak-kanak — termasuk yang sudah kehilangan ibu bapa — terpaksa berdepan cuaca ekstrem tanpa perlindungan yang selamat, bekalan asas, mahupun jaminan keselamatan. Sumber: QNN #palestine #apdteam #malaysia #gaza #mrpuaka #fyp #fypシ
Renungkan dan lihatlah mereka wahai saudaraku, Di celah khemah yang rapuh, tempat yang sepatutnya menjadi ruang berlindung daripada bom dan dingin malam, kanak-kanak ini mencipta dunia kecil mereka sendiri. Tanpa padang, tanpa kasut sempurna, tanpa sorakan penonton — hanya tawa yang cuba menutup lapar dan ketakutan. Bola itu bergolek di atas tanah yang pernah basah dengan air mata, bukan rumput. Mereka bermain bukan kerana hidup mudah, tetapi kerana itulah satu-satunya cara untuk terus bernafas sebagai kanak-kanak, walaupun dunia terlalu awal merampas masa depan mereka. Sumber Video : Al-Jazeera Memuatnaik semula: mrpuaka_ @ Armada Puaka Darat #palestine #apdteam #malaysia #gaza #mrpuaka #fyp #fypシ
Seorang kanak-kanak perempuan Palestin akhirnya memeluk kembali bapanya selepas lebih setahun dipisahkan oleh kekejaman penjara Israel. Detik pertemuan itu bukan sekadar perjumpaan keluarga — ia adalah bukti penderitaan yang dipaksa ke atas rakyat Palestin setiap hari. Bapanya, Anas Jallamneh, ditahan pada Disember 2024 selepas tentera Israel menyerbu rumah mereka di kampung Deir Ghazaleh, Tebing Barat yang diduduki. Tanpa belas kasihan, seorang ayah dirampas daripada anaknya, meninggalkan luka yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Apabila kanak-kanak terpaksa membesar tanpa pelukan ayah kerana penjajahan, ini bukan soal keselamatan — ini adalah kezaliman yang meragut masa kecil dan kemanusiaan. Sumber: Al Jazeera #palestine🇵🇸 #malaysia #apdteam #armadapuakadarat
Sejak gencatan senjata diumumkan pada 7 Oktober 2025, dunia menyaksikan satu lagi penipuan kejam oleh rejim Zionis. Perjanjian bantuan kemanusiaan hanya tinggal di atas kertas, sementara rakyat Gaza terus dibiarkan kelaparan. Daripada 57,000 trak bantuan yang dijanjikan, hanya 24,611 trak dibenarkan masuk sepanjang 95 hari pertama. Itu bukan kegagalan biasa — itu adalah penyekatan disengajakan, dengan hanya 43% bantuan sampai kepada mangsa yang sedang bertarung nyawa. Apabila makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas disekat, ini bukan lagi isu politik. Ini adalah hukuman kolektif, satu bentuk kelaparan terancang terhadap penduduk awam Gaza. Dunia tahu. Angka tidak menipu. Kezaliman ini berlaku di depan mata manusia sejagat. Sumber: Quds News Network Informasi: Terkini Palestin
“Kecederaan terus bertambah… Dan yang paling banyak menjadi mangsa adalah kanak-kanak sasaran serangan berterusan oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza. Tangisan mereka kini menjadi suara yang dunia masih belum benar-benar dengar.” Adakah kita masih terleka dan lalai dengan duniawi. Bawalah tangisan mereka ini ke serata dunia menunjukkan betapa kejamnya is***l ini. Sanggup anda sekadar melihat tanpa membawa suara mereka. Jadi gunakanlah tangan,kaki, suara dan semuanya untuk kita terus bersoladariti untuk G. #malaysia #armadapuakadarat #apdteam #malaysia #palestine🇵🇸
Mapim telah buka semula untuk pendaftaran sumud untuk gelombang 2.0 untuk kepada semua orang yang mempunyai kelebihan tentang kendali kapal, kapten, mekanik kapal dan dsb. Jadi kepada anda ingin menjadi salah satu ahli anda boleh ke Profile @sumudnusantaraofficial untuk membuat pendaftaran. Kerana wave kali ini menjadi satu gelombang digeruni dan semangat berjiwa akan mereka bawakan. Apapun kita terus bersoladariti untuk rakyat Gaz* dan Palestin. #apdteam #armadapuakadarat #sumudnusantara #sumudflotilla #malaysia
Sumber Telus daripada Press G*z* Penjajahan membanjiri pasar Gaz* dengan barangan mewah dan mahal tidak masuk akal yang tidak menyelamatkan satu nyawa pun. Coklat import, kopi mahal, rak-rak penuh dengan benda yang mahal tidak mampu sesiapa beli, sedangkan ubat-ubatan, makanan, dan keperluan asas untuk terus hidup dihalang daripada masuk. Di Gaz*, di mana kematian berlumba dengan kehidupan, kamu boleh jumpa Nutella tetapi bukan antibiotik, coklat tetapi bukan makanan asas. Di hospital, tiada pembalut luka, tiada ubat, tiada ubat penahan sakit — hanya rak kosong yang sunyi, menunggu nyawa yang tidak akan pernah diselamatkan. Ini adalah sekatan yang menyamar sebagai perdagangan, kebuluran yang dirancang. Penjajahan menjadikan kelaparan sebagai satu adegan ekonomi, sementara dunia hanya memerhati sebuah rakyat yang dikepung, bahkan dalam hak mereka untuk terus hidup. Bantuan sampai ke gudang, tetapi rakyat yang menderita tidak menerima apa-apa. Dan “kementerian-kementerian” yang kononnya wujud pula hidup mewah, mahir mencuri dan berlumba dengan masa untuk merompak apa sahaja yang boleh dicuri. Kami daripada APD akan mendapat secara terus dan telus daripada seorang press yang baik hati untuk memberi maklumat terkini dan dia terus akan DM kami untuk menyampaikan berita sahih kepada anda semua. Anda sayang keluarga G anda.. Share dan repost tanda anda sayang kan keluarga dan anak kita disana. Sumber Credit : Press Gaz* Account Credit : Ahmad_Salome APD TEAM Credit : Armada Puaka Darat
Upload one YouTube video and auto-generate multiple TikToks, Reels, and Shorts in minutes.
inilah petikan daripada boss kami. Dimana akaun ini pernah diviralkan dan mendapat sambutan kepada semua untuk meyampaikan hal dan info sebenar tentang sumud untuk G***. Jadi kami bersedia sekali lagi menjadi armada darat untuk sumud untuk memantau makanan,minuman dan perubatan akan sampai sekali lagi ke tangan keluarga kita di G***. Teruskan kita bersuara demi G***. Jangan sesekali gentar. Walaupun kita tiada kemampuan untuk bersama mereka kesana. kita tidak pandai edit video. Kita boleh buat live. Kita tak mampu buat live. Kita ounya suara Allah berikan. Suarakan.. Tetapi kita mampu berusaha melalui darat untuk bersama-sama sumud nusantara dan sumud flotilla. InsyaAllah kredit: APD - Armada Puaka Darat Acc: Mr.Puaka
"Merancang perjalanan ke Thailand atau seluruh Semenanjung Malaysia kini lebih mudah. Bersama MLS HOLIDAYS, kami menyediakan perkhidmatan van lengkap dengan pemandu berpengalaman bagi memastikan perjalanan anda lebih selesa, selamat dan teratur. Sesuai untuk family trip, holiday berkumpulan, rombongan, event, urusan kerja atau lawatan rasmi. Perjalanan fleksibel, pickup terus dari lokasi anda, dan anda hanya perlu menikmati momen sepanjang perjalanan – selebihnya kami uruskan. 📍 Destinasi utama: Hatyai, Betong, Danok, serta seluruh Semenanjung Malaysia 🚐 Van luas & aircond sejuk 🧭 Jadual mengikut permintaan 👨✈️ Driver mesra & berpengalaman Untuk tempahan & pertanyaan harga, hubungi: Wal / Mr. Puaka – 0174737907 MLS HOLIDAYS – "Perjalanan Anda, Keutamaan Kami." Tempah awal untuk lock tarikh perjalanan anda."
🛫 Nak ke KLIA Terminal 1 atau Terminal 2? Kami sediakan servis transfer guna van 10 seater, selesa untuk family, rombongan, traveller & group trip. Tak payah pening cari parking, tak perlu seret beg jauh-jauh — kami ambil depan rumah & hantar terus ke terminal. Relaks duduk, kami drive ✨ 📍 Coverage pickup area: • Kedah & Penang (Sekitar) • Kedah – Butterworth, Sungai Petani, Gurun, Alor Setar Bawa luggage banyak pun takpe, ruang luas & van selesa. Sesuai untuk travel jauh ke KLIA, tak penat & perjalanan smooth. 🚐 Kenapa ramai pilih kami? ✔ Van 10 seat luas & aircond sejuk ✔ Driver friendly & berpengalaman ✔ Harga berbaloi untuk perjalanan jauh ✔ Pick up depan rumah – hantar terus ke terminal ✔ On time, tak stress kejar flight Flight awal pagi? Midnight? No problem. Booking je awal, kami standby. Senang cerita – Anda packing, kami driving. Anda sampai airport dengan tenang tanpa rushing. 📲 WhatsApp sekarang untuk booking slot! Awal book lagi senang ✈️
🛫 Nak ke Penang Airport? Relaks... Jangan pening nak cari transport. Kami ada van 10 seater, luas & selesa. Bawa family ramai pun muat, nak bawa beg banyak pun tak jadi hal. Duduk rilek, kami drive. Kami cover area Penang & Kedah – Penang International Airport. 📍 Butterworth 📍 Sungai Petani 📍 Gurun 📍 Alor Setar Semua lokasi ni kami boleh pickup sampai depan rumah. Tak perlu cari parking, tak perlu susah-susah ajak member hantar. Tekan WhatsApp je, kami sampai. 🚐 Kenapa orang suka guna servis kami? • Van besar & selesa – tak sempit, tak panas • Bagasi muat banyak, rombongan pun ok • Driver friendly, santai, tak rushing • On time – flight takkan terkejar-kejar • Harga berpatutan, confirm berbaloi Flight awal pagi? Boleh. Malam-malam pun boleh. Asal booking awal, kami standby siap. Senang cerita, kau rilek… kami gerak. Biar kami urus perjalanan, kau enjoy trip ✨ 📲 WhatsApp untuk booking – slot selalu cepat habis, jangan tunggu last minit.
ini lah hasilnya xmampu beli banyak combo beli satu satu baca dan training pertuturan percakapan nanti saya share buku bagaimana bercakap depan khalayak ramai, cara delay speech mcm lepak kampung dan pesusunan ayat kepada orang.
Teruskan bersoladariti, Teruskan berdoa, Teruskan jihad dengan pelbagai cara, Teruskan usaha sehingga mendapat kejayaan, Teruskan menjaga lisan dan berkata-kata, Sesungguhnya Allah maha melihat sekurang-kurang kita ada sedikit jawapan didepan Allah S.W.T. #apdmy #fypツ
Clipping is the fastest way to repurpose content: one long video becomes multiple short viral formats. Example: 1 YouTube video -> 10 Shorts/TikToks.