PROGRAM UMK BERSAMA KOMUNITI DIPERLUAS KE ZON UTARA, SINERGI UMK, UNIMAP DAN UUM PERKASA EKONOMI USAHAWAN MIKRO ARAU, PERLIS 31 Januari 2026 I Seramai 15 usahawan mikro daripada golongan B40 telah dipilih untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan Yayasan UEM yang menfokuskan peningkatan taraf hidup masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan usahawan mikro. Program pembangunan sosio-ekonomi melibatkan komuniti itu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun yang diselaraskan oleh Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama rakan strategik utama iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail berkata, Program "UMK Bersama Komuniti" ini bukan sekadar bantuan jangka pendek, tetapi merupakan pelan tindakan jangka panjang untuk melahirkan rakyat Perlis yang berilmu dan sejahtera. Beliau berkata, program ini membuktikan bahawa gabungan antara badan korporat (Yayasan UEM), institusi pendidikan tinggi (UMK, UniMAP, UUM), dan agensi kerajaan mampu mencipta impak transformasi yang signifikan serta selari dengan visi "Perlis Maju". “Melalui pelaksanaan program ini pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan antaranya Program Transformasi IKS UTARA yang mengangkat nilai produk yang dihasilkan oleh peserta Program Pemerkasaan Penjenamaan dan Pembangunan Produk IKS di Kedah dan Perlis. “Kerjasama ini juga telah berjaya memacu inovasi produk, pemantapan jenama, dan pemasaran digital usahawan tempatan. “Pada hari ini juga berlangsungnya program kebajikan lain iaitu Bantuan Ramadan, Program Kembali ke Sekolah, Program STEM dan Pameran Program Pemerkasaan Keusahawanan,” katanya. Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, telah berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Program Yayasan UEM (YUEM) di Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mencemar duli menyaksikan simbolik penyampaian barangan kembali ke sekolah kepada 15 orang pelajar, serta penyampaian sumbangan Yayasan UEM berjumlah RM50,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterima oleh Setiausaha Kehormatnya, Datuk Johari Mohd Darus. Turut hadir, Pengerusi Yayasan UEM, YBhg. Dato’ Noorazman Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, Puan Aishah Nor dan Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah. Sementara itu, Ketua Projek merangkap Pengarah Innovation Park UMK, YM Dr. Tengku Fauzan binti Tengku Anuar berkata, inisiatif ini jelas memperlihatkan komitmen strategik Yayasan UEM dalam menyokong agenda pendidikan, penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan, seiring aspirasi universiti dan keperluan komuniti setempat. “UMK komited memastikan penyelidikan akademia diterjemahkan kepada bantuan praktikal yang mampu mengubah taraf hidup peserta seperti Cik Yah, salah seorang peserta kami yang berazam mengembangkan perniagaan minyak cilinya. “Yayasan UEM turut melaksanakan Program Tuisyen SPM serta Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun lalu dengan peruntukan tajaan berjumlah RM350,000, sekali gus memberi manfaat kepada 860 orang pelajar di negeri ini. “Program ini turut membekalkan 3D printer kepada sekolah terlibat, di mana SMK Guar Nangka telah berjaya mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan dalam Techlympics 2025. @Kementerian Pendidikan Tinggi @Geobina @huzilihussin @Dr Mois @KE #OfficialUMK #EntrepreneurshipUniversity #UMK4u1hati1jiwa #MalaysiaMadani #umkforsociety Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.
ID
7602257519649606930
👁 Vues vs moy. : Très en dessous
💬 ER : Au-dessus
📌 Saves : Très en dessous
Save rate
0%
Global : 0.15%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues :
#14
(top 7.1%)
Ouvrir sur TikTok ↗