Avatar TikTok de Onn Hafiz

Onn Hafiz

@onnhafiz
📊 TikTok Analytics Vexub 📈 80.4% sur 14 vidéos 📅 1.16j / post

MBJ 19 | #MajuJohor ADUN Machap | #OHMachap KB UMNO Simpang Renggam 💙❤️

👥 Followers
418K
Taille du compte
👁 Avg views
231.54K
Moyenne sur 15 vidéos
💬 ER global
7.87%
Likes + com + partages / vues
📌 Save rate
0.52%
Sauvegardes / vues
💰 Revenu est. 30j
2 952€ (2 066€–3 837€)
RPM ≈ 1.01€/1k • Vues ≥60s : 2.92M
🔎 Détails (profil + refresh) ouvrir
⏱ Refresh : 04/03/2026 11:07 ❤️ Likes profil : 6.2M 🎥 Vidéos profil : 710 ➕ Following : 87 📦 Vidéos analysées : 15 🔥 7 dernières : 2.12M ⬅️ 7 précédentes : 1.18M
ER = (Likes + Commentaires + Partages) / Vues • Save rate = Sauvegardes / Vues • Revenu estimé basé sur les vidéos ≥ 60s des 30 derniers jours.
🎥 Dernières vidéos
Miniature vidéo TikTok
📆 03/03/2026 ⏱ 106s 💰 433€
🏅 #3 / 15
😄
Score vidéo 7.7/10

Syukur Alhamdulillah, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, Kerajaan Negeri terus memantau dan memastikan rakyat mempunyai akses kepada juadah berbuka puasa pada harga yang berpatutan serta berkualiti. Usaha ini penting agar keseimbangan antara kebajikan pengguna dan kelangsungan peniaga kecil sentiasa terpelihara. Saya berkesempatan mengunjungi Bazar Ramadan Nusa Perintis yang menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum dan lapisan di kawasan Gelang Patah. Sebanyak 131 tapak perniagaan disediakan dengan kadar sewa serendah RM270, jauh lebih rendah berbanding kadar asal hasil usaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi membantu mengurangkan kos operasi peniaga. Secara keseluruhannya, saya dapati harga makanan masih mesra rakyat dan dalam kawalan. Antaranya murtabak daging dan ayam dijual pada harga RM5, jus buah segar 3 bungkus RM10, air balang serendah RM3, sate daging dan ayam RM1 secucuk serta aneka kuih serendah 50 sen sebiji. Ini membuktikan peniaga kita masih berusaha mengekalkan harga berpatutan walaupun kos bahan mentah meningkat. Apa yang penting, rakyat mempunyai pilihan mengikut kemampuan masing-masing dan peniaga kecil terus dibantu untuk berniaga tanpa tekanan kos yang melampau. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, semangat keprihatinan dan kebersamaan inilah yang perlu kita pertahankan. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh inisiatif yang menyokong usahawan kecil dan memastikan manfaatnya dirasai terus oleh rakyat. Semoga Ramadan ini bukan sahaja membawa keberkatan, tetapi turut mengukuhkan ekonomi Bangsa Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

ID 7612909983629430023
😄
Note 7.7/10
👁 428.2K vues
ER
8.67%
Global : 7.87%
Save rate
0.54%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
433€
RPM utilisé: 1.01€/1k • vidéos ≥60s • 30 derniers jours
🏆 Rang vues : #3 (top 85.7%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 28/02/2026 ⏱ 142s 💰 93€
🏅 #7 / 15
🙂
Score vidéo 6.5/10

Syukur Alhamdulillah, selepas merekodkan pelaburan tertinggi dalam negara bagi tahun 2025 dengan nilai RM91.1 bilion setakat September lalu, satu jumlah pelaburan baharu yang lebih besar dan lebih luar biasa bakal diumumkan dalam masa terdekat. Perbincangan saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Lee Ting Han baru-baru ini memberi penekanan khusus kepada pemantapan dan penyelarasan hala tuju Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) sebagai kerangka strategik yang akan membentuk fasa pertumbuhan baharu Johor. Setiap perkembangan dinilai secara terperinci bagi memastikan manfaatnya benar-benar dirasai oleh rakyat. Johor kini berada pada fasa perubahan yang sangat penting. Dengan pengumuman Pelan Induk JS-SEZ oleh Menteri Ekonomi dalam masa terdekat, pelbagai inisiatif strategik akan diperincikan bagi mempercepat kemasukan pelaburan bernilai tinggi, memperkukuh penyertaan dalam rantaian bekalan global serta membina ekosistem industri masa hadapan yang lebih mampan. Namun seperti yang sering saya tekankan, kejayaan sebenar bukan terletak pada angka semata-mata, tetapi sejauh mana peluang yang terhasil dapat membuka ruang pekerjaan bergaji tinggi dan masa depan yang lebih cerah untuk Bangsa Johor. Sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi yang bakal dibuat dalam masa terdekat. Semoga setiap langkah yang diatur ini membawa manfaat yang lebih besar, membuka lebih banyak peluang dan memperkukuh masa depan Bangsa Johor menuju Maju Johor 2030. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

ID 7611833617139911944
🙂
Note 6.5/10
👁 91.7K vues
ER
6.17%
Global : 7.87%
Save rate
0.47%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
93€
RPM utilisé: 1.01€/1k • vidéos ≥60s • 30 derniers jours
🏆 Rang vues : #7 (top 57.1%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 28/02/2026 ⏱ 56s 🚫 <60s
🏅 #15 / 15
🙂
Score vidéo 6.4/10

Syukur Alhamdulillah, dalam keberkatan Ramadan ini, Program Semarak Subuh Johor terus menjadi satu usaha berterusan untuk mengimarahkan masjid dan surau serta memperkukuh pembangunan rohani masyarakat terutamanya umat Islam di Johor. Saya berpeluang bersama-sama mengimarahkan Masjid An-Nur, Kampung Sinaran Baru dengan menunaikan solat Subuh berjemaah serta mengikuti tazkirah tentang “Puasa Membakar Dosa” yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Muar, dalam suasana penuh keinsafan dan muhasabah diri. Menerusi tazkirah yang disampaikan, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa “barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. Turut ditekankan juga bahawa Ramadan ialah bulan penyucian dosa, namun ia menuntut kesungguhan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mengawal hawa nafsu yang sentiasa menguji diri. Sepertimana diibaratkan oleh Imam al-Ghazali, nafsu itu seperti kuda liar; jika tidak dijinakkan, ia mampu menjatuhkan kita. Maka puasa menjadi latihan untuk mengawal nafsu dan membentuk jiwa yang lebih tenang. Ramadan mendidik hati agar lebih kuat daripada tubuh, kerana yang dinilai Allah bukanlah kekuatan fizikal, tetapi kekuatan hati yang tersembunyi. Semoga Ramadan ini benar-benar menjadi medan kita menyucikan jiwa, memperkukuh ibadah, memperbanyakkan doa termasuk untuk kesejahteraan negeri dan kepimpinan, serta terus istiqamah memartabatkan syiar Islam di Negeri Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Ramadan2026 #RapatkanSaf

ID 7611753217365429511
🙂
Note 6.4/10
👁 9.32K vues
ER
10.25%
Global : 7.87%
Save rate
0.61%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #15 (top 0%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 26/02/2026 ⏱ 114s 💰 1 314€
🏅 #1 / 15
🔥
Score vidéo 8.4/10

Syukur Alhamdulillah, dalam keadaan kos sara hidup yang menjadi kebimbangan ramai, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan Bangsa Johor terus mempunyai pilihan juadah berbuka puasa di bazar pada harga yang berpatutan, berkualiti serta tidak membebankan. Saya telah mengunjungi Bazar Ramadan Taman Dahlia bagi meninjau sendiri harga serta kualiti di lapangan. Bazar Taman Dahlia yang dikendalikan Yayasan Bandaraya Johor Bahru bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor Parlimen Pulai menyediakan 150 petak niaga dengan kadar sewa RM500, satu kadar yang masih terkawal supaya peniaga kecil mampu berniaga dengan munasabah tanpa tekanan kos yang melampau. Secara keseluruhannya, saya dapati harga makanan masih dalam kawalan dan persekitaran bazar berada pada tahap yang bersih serta teratur. Kuih dijual sekitar RM2.50 hingga RM4, murtabak serendah RM5, kebab ayam atau daging juga serendah RM2 dan air balang sekitar RM5. Ini menunjukkan peniaga kita masih berusaha mengekalkan harga yang munasabah walaupun kos bahan mentah meningkat. Apa yang penting, rakyat Johor masih mempunyai pilihan untuk membeli mengikut kemampuan dan berbuka tanpa rasa terbeban. Dalam suasana ekonomi yang mencabar, keseimbangan perlu dijaga supaya pengguna tidak terbeban dan peniaga kecil tempatan terus memperoleh pulangan yang munasabah. Saya ingin mengajak Bangsa Johor untuk terus menyokong peniaga dan usahawan PKS tempatan. Semoga Ramadan ini bukan sahaja membawa keberkatan, tetapi juga memperkukuh ekonomi rakyat Johor seluruhnya. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

ID 7611020704296783111
🔥
Note 8.4/10
👁 1.3M vues
🔥 banger
ER
9.58%
Global : 7.87%
Save rate
0.62%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
1 314€
RPM utilisé: 1.01€/1k • vidéos ≥60s • 30 derniers jours
🏆 Rang vues : #1 (top 100%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 25/02/2026 ⏱ 55s 🚫 <60s
🏅 #4 / 15
🙂
Score vidéo 6.8/10

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke program berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi pada 25 Februari 2026. Baginda turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut. Allah Peliharakan Sultan. ——— His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor attended a breaking of fast programme with Johoreans at the Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi on 25 February 2026. His Royal Highness also performed Maghrib prayers in congregation at the mosque. Allah Peliharakan Sultan.

ID 7610918361614142728
🙂
Note 6.8/10
👁 237K vues
ER
6.88%
Global : 7.87%
Save rate
0.33%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #4 (top 78.6%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 25/02/2026 ⏱ 59s 🚫 <60s
🏅 #9 / 15
🙂
Score vidéo 6.9/10

Syukur Alhamdulillah, demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, Kerajaan Negeri Johor akan terus memperkukuh kepimpinan akar umbi sebagai benteng utama khidmat kepada masyarakat kerana amanah ini bukan sekadar tanggungjawab, ia adalah janji kepada rakyat yang mesti ditunaikan dengan penuh integriti dan keikhlasan. Dalam majlis berbuka puasa yang menghimpunkan lebih 1,400 barisan kepimpinan akar umbi terdiri daripada ADUN, Ahli Majlis PBT, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung serta Ketua Masyarakat Cina dan India Negeri Johor, saya menegaskan bahawa merekalah jentera utama kerajaan di lapangan yang memastikan dasar dilaksana dengan berkesan dan kebajikan rakyat terus terpelihara. Peranan ini amat penting dalam menjamin bantuan sampai kepada golongan sasar, maklumat disampaikan dengan tepat, dan setiap isu rakyat diberi perhatian sewajarnya. Kepimpinan yang berfungsi dan berintegriti akan menentukan tahap keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan. Semoga kebersamaan di bulan yang mulia ini memperteguh semangat kita untuk terus bekerja dengan ikhlas, berintegriti dan penuh tanggungjawab demi masa depan Johor yang lebih maju, stabil dan sejahtera. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #Ramadan2026

ID 7610762668458200327
🙂
Note 6.9/10
👁 40.8K vues
ER
8.59%
Global : 7.87%
Save rate
0.69%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #9 (top 42.9%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 24/02/2026 ⏱ 29s 🚫 <60s
🏅 #10 / 15
🙂
Score vidéo 6/10

Setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan semasa sepanjang hampir tiga dekad berkhidmat dalam jawatan Kerajaan Negeri. Sepanjang saya diberi amanah sebagai Menteri Besar, saya berpeluang bekerjasama secara dekat dengan beliau sejak menerajui Majlis Bandaraya Pasir Gudang, menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor. Kerjasama yang erat, ketelitian dalam tindakan serta ketegasan dalam membuat keputusan banyak membantu memastikan pelaksanaan dasar dan agenda penting negeri berjalan dengan tersusun dan berkesan demi kepentingan Bangsa Johor. Bagi pihak Kerajaan Negeri, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih. Selamat bersara YB Dato. Saya doakan agar YB Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dan keberkatan dalam fasa baharu kehidupan bersama keluarga tercinta. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

ID 7610209127633014023
🙂
Note 6/10
👁 39.3K vues
ER
6.56%
Global : 7.87%
Save rate
0.34%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #10 (top 35.7%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 23/02/2026 ⏱ 66s 💰 866€
🏅 #2 / 15
😄
Score vidéo 7.3/10

Syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM125 juta merangkumi 29 kategori penerima di bawah inisiatif Bantuan Kasih Johor yang akan disalurkan sepanjang bulan Ramadan ini, sebagai komitmen berterusan memastikan kebajikan Bangsa Johor sentiasa terpelihara dan tiada rakyat yang tercicir dalam menyambut bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Saya berkesempatan hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kasih Johor (BKJ) bersama warga Simpang Renggam. Pendekatan turun padang ini penting bagi memastikan bantuan disampaikan secara terus, telus dan tersasar kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Menerusi majlis ini, lebih 1,000 penerima daripada pelbagai latar belakang diraikan, termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, anak-anak yatim, para pelajar universiti, pesara ATM dan polis, pemandu teksi, e-hailing serta p-hailing, petani, nelayan, serta golongan pekerja sokongan. Secara keseluruhan, seramai 9,414 penerima di Simpang Renggam bakal menerima manfaat dari inisiatif ini. BKJ yang dilaksanakan di bawah kerangka besar Bantuan Bangsa Johor merupakan usaha Kerajaan Negeri dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai rakyat. Ia dilaksanakan secara berperingkat dan menyeluruh, merangkumi pelbagai segmen masyarakat tanpa mengira latar belakang agar kesejahteraan Bangsa Johor terus menjadi keutamaan. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan agenda kebajikan secara strategik dan berimpak agar manfaatnya dapat dirasai secara meluas di setiap pelosok negeri. Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan terus diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #Ramadan2026 #OHMachap #SimpangRenggam

ID 7609931433708162311
😄
Note 7.3/10
👁 857.2K vues
🔥 banger
ER
5.53%
Global : 7.87%
Save rate
0.41%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
866€
RPM utilisé: 1.01€/1k • vidéos ≥60s • 30 derniers jours
🏆 Rang vues : #2 (top 92.9%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 22/02/2026 ⏱ 58s 🚫 <60s
🏅 #6 / 15
😄
Score vidéo 7.2/10

Syukur Alhamdulillah, Johor terus melangkah ke hadapan sebagai destinasi utama industri berteknologi tinggi apabila menerima pelaburan strategik bernilai RM900 juta daripada Longda Group, syarikat berteknologi tinggi dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat, yang dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya kepada anak muda Johor. Semasa lawatan kerja saya ke China sebelum ini, saya dan delegasi berkesempatan meninjau sendiri operasi Jiangsu Longda Superalloy. Susulan itu, dalam pertemuan rasmi yang diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Pu Yilong, perbincangan tertumpu kepada perkembangan pelaksanaan projek di Johor termasuk garis masa pembangunan, pematuhan piawaian teknikal serta pelan pengembangan operasi bagi jangka sederhana dan panjang. Longda memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan aeroangkasa global dengan membekalkan superalloys berketulenan tinggi bagi komponen “hot-section” enjin pesawat untuk kegunaan komersial dan pertahanan. Keupayaan ini disokong oleh ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang komprehensif termasuk institut aloi suhu tinggi, pusat teknologi serta pangkalan penyelidikan pasca-doktoral, sekali gus membuka ruang pemindahan teknologi dan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan. Projek ini turut memberi penekanan serius kepada pembangunan modal insan melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan pemilihan 30 graduan tempatan untuk menjalani latihan industri di ibu pejabat Singda di China dengan kumpulan pertama seramai tujuh graduan dijadualkan berlepas pada 2 Mac dan satu lagi pengambilan seramai 30 graduan pada tahun hadapan bagi membina bakat Johor dalam bidang teknologi aloi berprestasi tinggi. Terima kasih saya ucapkan kepada Longda Group atas keyakinan dan komitmen untuk memilih Johor sebagai destinasi pelaburan strategik mereka. Semoga kerjasama ini akan terus diperkukuh sekali gus memberi peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada anak Johor dan pembangunan bakat tempatan secara mampan. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ

ID 7609569408910003464
😄
Note 7.2/10
👁 129.3K vues
ER
8.34%
Global : 7.87%
Save rate
0.62%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #6 (top 64.3%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 21/02/2026 ⏱ 54s 🚫 <60s
🏅 #12 / 15
🙂
Score vidéo 6.2/10

Simpang Renggam adalah antara contoh yang baik bagi mereka yang ingin memahami konsep Bangsa Johor. Ia merupakan konsep penyatuan rakyat Johor tanpa mengira kaum, agama atau keturunan. Konsep ini memupuk semangat kebersamaan, toleransi dan identiti unik yang menyatukan seluruh penduduk (Melayu, Cina, India dan lain-lain) di bawah naungan Diraja Johor demi kemajuan negeri. Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan balik ke kawasan bagi menyantuni dan bertemu dengan keluarga besar saya di Simpang Renggam sambil meninjau perkembangan projek pembangunan di sini sekaligus memastikan apa yang dirancang benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada rakyat. Lawatan dimulakan dengan Ziarah Kasih ke rumah Allahyarham Dolhamid bin Noorkam, mantan Ketua Kampung Seri Maju Jaya. Jasa dan kepimpinan beliau dalam membangunkan komuniti setempat amat besar dan akan sentiasa dikenang. Semoga keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan. Seterusnya, saya turut meninjau tapak kerja penggantian Jambatan Sungai Machap bagi memastikan projek ini berjalan mengikut jadual dan piawaian keselamatan yang ditetapkan. Jambatan ini dijangka siap dan dibuka kepada umum pada Mei 2026. Kerajaan Negeri komited memastikan setiap projek infrastruktur yang dilaksanakan benar-benar selamat, berkualiti dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat. Saya turut berpeluang bersama masyarakat India dalam Sambutan Pesta Ponggal 2026 di Dewan Orang Ramai Simpang Renggam dalam suasana penuh warna-warni dan semangat kekeluargaan. Dalam kesempatan yang ada, saya menyampaikan sijil Program Robotik dan Coding kepada anak-anak sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka, serta sebagai suntikan motivasi untuk terus melangkah lebih jauh dalam bidang teknologi. Pada sebelah malam, saya bersama masyarakat Tiong Hua dalam Majlis Makan Besar sempena Tahun Baru Cina di Dewan Terbuka JKKK Kg Baru, Simpang Renggam dalam suasana meriah dan penuh muhibah. Saya yakin bahawa perpaduan di Simpang Renggam adalah kekuatan yang sentiasa memberi saya semangat untuk terus berkhidmat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit, kerana kita semua adalah satu keluarga besar Bangsa Johor. Semoga hubungan erat keluarga besar Simpang Renggam ini terus terpelihara dan diperkukuh, menjadi asas perpaduan dan keharmonian yang kukuh serta tidak mudah digugat dalam kita bersama-sama membangunkan Johor yang lebih maju dan sejahtera. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #OHMachap #SimpangRenggam

ID 7609130073324522759
🙂
Note 6.2/10
👁 31.5K vues
ER
8.11%
Global : 7.87%
Save rate
0.38%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #12 (top 21.4%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 20/02/2026 ⏱ 134s 💰 71€
🏅 #8 / 15
😄
Score vidéo 7/10

Syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) terus memperkukuh agenda perumahan rakyat sebagai keutamaan demi memastikan setiap keluarga di Johor memiliki kediaman yang selesa dan selamat. Di bawah agenda besar Perumahan Kasih Johor, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran 100,000 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang 2030, dengan lebih 20,000 unit telah siap dibina antara 2022 hingga 2025. Usaha ini diperkukuh melalui pelbagai inisiatif termasuklah:- 1. Bantuan Beli Rumah Pertama RM5,000 kepada 20,000 penerima bagi menampung kos guaman, pinjaman dan duti setem; 2. Bantuan Masuk Rumah RM2,000 yang diperluaskan kepada golongan M40 yang membeli rumah berharga RM500,000 dan ke bawah; 3. Subsidi Bina Baharu sehingga RM30,000 bagi membantu membina rumah atas tanah sendiri. 4. Rumah Percuma (bina baharu) dan Baik Pulih Rumah Daif untuk keluarga miskin dan miskin tegar; 5. Penyelenggaraan PPR, RSK dan flat awam bagi memastikan kediaman sedia ada kekal selamat dan selesa. Semasa balik ke kawasan Simpang Renggam, saya berpeluang menziarahi penerima Rumah Kasih Johor bina baharu di Kampung Seri Maju Jaya, Machap serta projek baik pulih di Kampung Setia Jaya. Saya melihat sendiri bagaimana dasar ini diterjemahkan dan senyuman penuh syukur pada raut wajah setiap penerima. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda perumahan rakyat secara strategik, dan berkesan. Setiap inisiatif dirancang bagi memastikan manfaatnya dirasai secara adil dan memberi impak menyeluruh kepada seluruh Bangsa Johor. Semoga setiap usaha dalam agenda perumahan ini terus memperkasa kesejahteraan Bangsa Johor serta memperkukuh Johor sebagai negeri yang benar-benar maju, stabil dan sejahtera untuk semua lapisan rakyat. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #PerumahanKasihJohor

ID 7608728378463489287
😄
Note 7/10
👁 70.5K vues
ER
7.81%
Global : 7.87%
Save rate
0.69%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
71€
RPM utilisé: 1.01€/1k • vidéos ≥60s • 30 derniers jours
🏆 Rang vues : #8 (top 50%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 18/02/2026 ⏱ 53s 🚫 <60s
🏅 #11 / 15
🙂
Score vidéo 6.2/10

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bahawa perkhidmatan kesihatan merupakan hak asas rakyat yang wajib disampaikan secara cepat, berkesan dan berkualiti, justeru ia mesti terus diperkasa dan diperkukuh demi menjamin kesejahteraan Bangsa Johor. Syukur Alhamdulillah, terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan peruntukan RM461 juta bagi projek pembesaran Hospital Pontian yang akan memanfaatkan lebih 180,000 penduduk daerah Pontian dan kawasan sekitarnya sekali gus mengurangkan kesesakan perkhidmatan kesihatan awam di selatan Johor. Hospital yang telah beroperasi sejak awal 1930-an ini bakal dinaik taraf secara menyeluruh melibatkan pembinaan blok utama baharu setinggi 10 tingkat dengan tambahan 110 katil, sekali gus meningkatkan kapasiti keseluruhan daripada 120 katil sedia ada. Projek di atas tapak seluas 3.2 ekar ini turut merangkumi wad baharu, dewan bedah, ICU serta kemudahan sokongan moden, dan dijangka siap pada 2032. Kami turut berkesempatan meninjau keadaan semasa Hospital Pontian bagi melihat sendiri keperluan penambahbaikan serta kesiapsiagaan fasiliti sedia ada dalam menampung peningkatan jumlah pesakit dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas komitmen dan sokongan berterusan dalam memastikan agenda pengukuhan fasiliti kesihatan di Johor terus menjadi keutamaan. Dalam masa yang sama, bagi memastikan keselesaan pesakit dan kebajikan petugas kesihatan di Johor terus terpelihara, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk klinik decanting, sumbangan katil hospital dan peralatan sokongan, penambahan ambulans, naik taraf kemudahan seperti tandas dan surau di hospital utama, pelaksanaan Smart Queue System serta perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma bagi mengurangkan kesesakan fasiliti sedia ada di Johor. Sesungguhnya, ini adalah hasil pendekatan ‘whole-of-nation’ dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Semoga segala usaha murni ini akan memperkukuh sistem kesihatan Johor demi kesejahteraan seluruh rakyat. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

ID 7608024573640051975
🙂
Note 6.2/10
👁 35.1K vues
ER
6.91%
Global : 7.87%
Save rate
0.44%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #11 (top 28.6%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 16/02/2026 ⏱ 48s 🚫 <60s
🏅 #14 / 15
😐
Score vidéo 5.5/10

Syukur Alhamdulillah, Majlis Makan Besar sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor Selatan yang berlangsung di Southern University College dan dihadiri lebih 1,400 orang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan Bangsa Johor. Kerajaan Negeri sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa pembangunan mesti bersifat inklusif dan menyeluruh. Setiap kaum, setiap komuniti dan setiap lapisan masyarakat diberi perhatian yang seimbang. Dalam mendukung agenda pendidikan, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM5.5 juta kepada Kolej Universiti Selatan sejak tahun 2022 hingga 2026. Bantuan ini merangkumi sokongan kebajikan dan bantuan terus kepada pelajar, agar anak-anak Johor mempunyai akses pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing. Pada masa yang sama, warisan budaya terus dipelihara sebagai sebahagian daripada kekuatan identiti Johor. Sokongan kepada Perarakan Chingay dan Tarian Singa mencerminkan kepelbagaian budaya yang telah lama mewarnai negeri ini. Saya percaya, Johor kekal stabil dan maju kerana kita memilih untuk bersatu. Kita tidak membiarkan perbezaan memisahkan kita, sebaliknya menjadikannya asas untuk saling memahami dan memperkaya antara satu sama lain. Inilah semangat Bangsa Johor yang mesti kita pertahankan bersama. Semoga sambutan Tahun Baru Cina ini menjadi medan untuk terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati antara kaum dan agama, serta memelihara keharmonian yang menjadi kekuatan negeri ini. Insya-Allah. Gong Zhu Da Jia Xin Chun Kuai Le, Wan Shi Ru Yi! Gong Xi Fa Cai! Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #TahunBaruCina2026

ID 7607250068789284103
😐
Note 5.5/10
👁 14.1K vues
ER
6.24%
Global : 7.87%
Save rate
0.35%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
0€
Non comptée : vidéo < 60s
🏆 Rang vues : #14 (top 7.1%) Ouvrir sur TikTok ↗
Miniature vidéo TikTok
📆 15/02/2026 ⏱ 95s 💰 174€
🏅 #5 / 15
🙂
Score vidéo 6.7/10

Susulan gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Simpang Renggam baru-baru ini, saya telah turun ke Empangan Machap untuk melihat sendiri paras takungan air mentah yang membekalkan Loji Rawatan Air Simpang Renggam, sekali gus memastikan tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kestabilan bekalan air kepada rakyat. Antara langkah utama yang telah diambil ialah pemasangan pam tambahan di Empangan Machap bagi meningkatkan kadar aliran. Kerja-kerja pemindahan aliran serta penambahbaikan sistem paip sepanjang 10 kilometer juga telah siap dilaksanakan bagi mengoptimumkan kapasiti sedia ada Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam. Selain itu, bagi membantu rakyat sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini, sebanyak 61 kenderaan telah digerakkan melibatkan: • 11 lori tangki SAJ • 25 lori tangki swasta • 19 lori tangki operator luar • 6 kenderaan pacuan empat roda (4x4) Dalam masa yang sama, bagi menambah kekerapan penghantaran air, Kerajaan Negeri juga telah menyelaras tambahan lori tanker daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sektor swasta. Langkah ini diambil supaya kekerapan penghantaran air dapat dipertingkat dan tempoh menunggu rakyat dapat dikurangkan. Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan operasi pembenihan awan pada 11, 12 dan 15 Februari bagi meningkatkan peluang hujan di kawasan tadahan sebagai langkah tambahan pemulihan. Kepada seluruh rakyat yang terkesan, saya mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan dikurniakan kesabaran, ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT mengurniakan hujan yang mencukupi di kawasan tadahan, memulihkan paras empangan dan mengembalikan bekalan air seperti sediakala. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

ID 7606892302962822407
🙂
Note 6.7/10
👁 172.4K vues
ER
6.52%
Global : 7.87%
Save rate
0.37%
Global : 0.52%
Revenu est. (Ads)
174€
RPM utilisé: 1.01€/1k • vidéos ≥60s • 30 derniers jours
🏆 Rang vues : #5 (top 71.4%) Ouvrir sur TikTok ↗
📊 Vues par vidéo
Survole un point pour voir la vidéo (# + date + vues exactes).
📈 ER & 📌 Saves
ER = engagement, Save rate = “vidéo à garder”.
💰 Revenu estimé (TikTok Ads)
  • Je compte uniquement les vidéos ≥ 60 secondes (tu m’as dit que <60s = pas pris en compte).
  • Calcul sur les 30 derniers jours (dans la limite des 35 dernières vidéos qu’on a dans le JSON).
  • RPM estimé : 1.01€/1k vues (range 0.71–1.31) basé sur ER + save rate + durée moyenne.
  • Résultat: 2 952€ sur 30j (range 2 066€3 837€), pour 2.92M vues éligibles et 6 vidéos ≥60s.
Important: c’est une estimation “réaliste” mais ça dépend beaucoup du pays d’audience, du type de contenu, et du niveau de vues qualifiées.
🧠 Lecture ultra simple
  • Emoji + note /10 = performance globale de la vidéo (views + ER + saves).
  • ER = (Likes + Commentaires + Partages) / Vues • Save rate = Sauvegardes / Vues.
  • Badges “Au-dessus / En dessous” = comparaison directe à la moyenne de TON compte.
✨ Grow your videos Vexub AI
Turn 1 YouTube Video into 10 Shorts/TikToks 🎧

Clipping is the fastest way to repurpose content: one long video becomes multiple short viral formats. Example: 1 YouTube video -> 10 Shorts/TikToks.

  • 1 long video -> multiple Shorts/TikToks
  • Auto subtitles synced to every clip
  • Vertical exports optimized for watch time
Try Video Clipping ↗
AI video clipping and subtitles with Vexub